Rabu, 31 Disember 2014

Tentatif Program Suai Kenal Tahun 1 2015

Pada 2hb Januari 2015 (Jumaat), SERI ABIM Sungai Ramal akan mengadakan Program Suai Kenal Tahun 1 2015 bermula pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Berikut tentatif program tersebut.


Ibu bapa / penjaga murid-murid Tahun 1 diminta menghadiri taklimat mengenai sekolah yang akan diadakan pada pukul 8.30 pagi di surau sekolah.

Manaka berikut adalah nama guru kelas Tahun 1 sesi 2015.



Selasa, 30 Disember 2014

Wajah blog sekolah 2015


Sempena tahun 2015, admin blog sekolah telah menukar paparan blog dengan wajah baharu yang lebih ringkas dan menarik.

Semoga para pemgunjung blog lebih kerap melayari blog ini untuk mendapatkan info tentang sekolah.

Wajah 2015

Sesi persekolahan SERI SEMI bermula 12hb Jan 2015


Berikutan pengumuman Menteri Pendidikan Malaysia pada 29hb Disember 2014 yang lalu  mengenai penangguhan tarikh bermula sesi persekolahan 2015 akibat banjir, SERI SEMI ABIM Sungai Ramal akan memulakan sesi persekolahan pada 12hb Januari 2015 (Isnin).

Walau bagaimanapun, Pejabat Sekolah dan Kedai Sekolah akan  beroperasi seperti biasa. Hari Suaikenal Tahun 1 yang dijadualkan pada  2hb Jan 2015 akan berlangsung mengikut jadual.

Pejabat Sekolah dan Kedai Sekolah akan ditutup pada 1hb Januari 2015, Khamis (Cuti Tahun Baru 2015) dan 3hb Jan 2015, Sabtu (Cuti Maulidur Rasul).

Sekian, harap maklum.




Jumaat, 26 Disember 2014

Rayuan permohonan ke S.A.M Batu 10 Cheras (SAM10)

Sila dapatkan borang rayuan di  Pejabat Agama Bah. Pendidikan JAIS Hulu Langat, Bandar Baru Bangi.
Tarikh rayuan dibuka pada 30/12/2014 - 16/1/2015.
Sertakan dokumen berikut yang telah disahkan.
- borang rayuan (2 salinan),
- 1 salinan keputusan Upsr, Psra,
- 1 salinan sijil kelahiran,
- 1 salinan kad pengenalan ibu bapa,
- 1 sampul surat putih beralamat sendiri (saiz 4.5' x 9.5') serta setem 80 sen

Selasa, 16 Disember 2014

Retreat Guru dan Staf: Operasi Pejabat Sekolah ditutup


Bermula 17hb hingga 20hb Disember 2014 (Rabu hingga Sabtu), operasi pejabat sekolah (Bahagian Akademik, Kewangan, Yuran) SERI SEMI ABIM Sg Ramal akan ditutup kerana guru-guru dan staf-staf akan mengikuti Retreat 2015 di Bagan Lalang. Segala kesulitan amat dikesali.

Walaubagaimanapun Kedai Kita (Kedai sekolah SERI SEMI) akan dibuka seperti biasa.

Pejabat sekolah akan dibuka semula pada 22hb Disember 2014 (Isnin). Untuk maklumat ibu bapa dan penjaga, bermula 22hb hingga 24hb Disember 2014 (Isnin hingga Rabu) adalah Pendaftaran murid-murid Tahun 2 hingga 6 dan SEMI untuk sesi 2015. Kaunter pendaftaran akan dibuka pada pukul 8.30 pagi hingga pukul 1 petang di kelas-kelas yang akan ditentukan.

Guru mula bertugas untuk persediaaan 2015

Guru-guru SERI, SEMI telah mula bertugas bermula 15hb Disember 2014. Pada sebelah pagi, guru-guru mendengar taklimat daripada Guru Besar. Beliau membentangkan persiapan-persiapan yang akan dilakukan oleh guru-guru sebelum sesi persekolahan 2015 bermula. Selepas itu, Puan Norashikin daripada Bahagian Yuran memberi taklimat mengenai  Hari Pendaftaran Tahun 2 hingga 6 dan Semi.

Pada sebelah petang, mesyuarat Hari Suaikenal Tahun 1 dan mesyuarat persediaan modul Minggu Suaikenal 2015.