Pages - Menu
▼
Halaman
▼
Khamis, 29 Januari 2015
Sambutan Maulidur Rasul s.a.w
Sambutan Maulidur Rasul s.a.w peringkat SERI ABIM Sg. Ramal akan diadakan pada 30hb Jan 2015 (Jumaat). Antara aktiviti yang dirancang adalah selawat beramai-ramai, ucapan perasmian oleh Guru Besar, persembahan nasyid, ceramah "Mencontohi perjuangan Rasulullah" oleh Ust. Halim B. Mat Jusoh (Tahap 1), ceramah "Menyelusuri Perjuangan Rasulullah" oleh Ust. Mohd Naim Mohd Noor (Tahap 2) dan tayangan.
Aktiviti-aktiviti tersebut akan diadakan di tapak perhimpunan, surau dan Dewan KDH. Murid-murid dibenarkan memakai baju melayu raya / jubah untuk lelaki dan baju kurung raya / jubah dan memakai tudung sekolah untuk perempuan. Waktu persekolah tamat seperti biasa pada pukul 12.30 tengahari.
Rabu, 28 Januari 2015
Update Senarai Buku sudah ada di Kedai Sekolah.
Berikut senarai buku teks dan aktiviti (akademik) yang sudah sampai di Kedai Sekolah.
Buku Teks Tahun 1 (Akademik)
1. Bahasa Melayu Tahun 1 (DBP)
2. English Year 1 (DBP)
3. Matematik Jilid 1 (DBP)
4. Matematik Jilid 2 (DBP)
5. Dunia Sains dan Teknologi (DBP)
6. Pendidikan Jasmani dan kesihatan (DBP)
Buku Teks Tahun 2 (Akademik)
1. Bahasa Melayu Tahun 2 (DBP)
2. English Year 2 (DBP)
3. Matematik Jilid 2 (DBP)
4. Dunia Sains dan Teknologi (DBP)
5. Pendidikan Jasmani dan kesihatan. (DBP)
Buku Teks Tahun 4 (Akademik)
1.Teknologi Maklumat dan komunikasi (DBP)
2. The King of Kites (Syarikat Arena Ilmu)
3. The Jungle Book (IMS)
4. Anthology of Poems (UBS)
Buku Teks Tahun 5 (Akademik)
1. Sejarah (DBP)
Buku Teks Tahun 6 (Akademik)
1. Matematik (DBP)
2. Sains (DBP)
Buku Aktiviti Tahun 2 (Akademik)
1. Bahasa Malaysia Jilid 1 (DBP)
2. Activity English (DBP)3. Aktiviti Matematik (DBP)
4. Bijak PPPM Pendidikan Jasmani dan kesihatan (Sasbadi)
5. Dunia Sains dan teknologi (DBP)
Buku Aktiviti Tahun 5 (Akademik)
1. Temanku DSKP Sains
Buku Aktiviti Tahun 6 (Akademik)
1. Matematik Tahun Lepas UPSR (Sasbadi)
Ibu bapa boleh membeli buku-buku di atas di Kedai Kita (Kedai Sekolah)
Isnin, 26 Januari 2015
Takwim 2015
Berikut softcopy Takwim 2015.
Hardcopy takwim akan diedarkan kepada setiap murid dan pelajar tidak lama lagi.
Hardcopy takwim akan diedarkan kepada setiap murid dan pelajar tidak lama lagi.
Isnin, 19 Januari 2015
JOM SERTAI PROGRAM GOTONG-ROYONG 2015
Berikut surat program gotong-royong menceriakan kelas dan kawasan sekolah.
Tarikh :
12 Januari 2015
Rujukan :
SERI ABIM/03/CERIA/01/15
Kepada
Ibu bapa/penjaga
SER1 ABIM Sg. Ramal
Tuan,
PROGRAM GOTONG-ROYONG MENCERIAKAN KELAS DAN
KAWASAN SEKOLAH
Didoakan
semoga tuan dan sesi keluarga berada dalam perlindungan Allah S.W.T. Merujuk
perkara di atas, sekolah akan mengadakan aktiviti gotong-royong menceriakan
kelas dan beberapa kawasan sekolah yang
terpilih. Program ini diujudkan adalah bertujuan untuk;
1.
Menambah baikkan
kebersihan dan keceriaan kelas dengan pelbagai idea untuk keselesaan pelajar
dalam kelas
2.
Mengeratkan hubungan dan
Kenal mengenal antara guru dan ibu bapa.
3.
Melahirkan sikap
kerjasama antara guru, murid dan ibu bapa.
Sehubungan dengan itu besarlah harapan kami
untuk menjemput tuan puan menghadirkan diri ke sekolah pada,
Tarikh : 24 Januari 2015 ( Sabtu )
Masa : 08.00 pg – 12.30 tgh
Tempat : Kelas thn 1 hingga thn 6
Tentatif : Sila rujuk lampiran belakang
Aktiviti
yang dijalankan dalam program ini seperti menceriakan kelas dengan susun-atur
peralatan kelas, susunan bahan bantu mengajar, mengemop lantai, menyediakan
langsir yang seragam, menyediakan rak kasut dan rak buku yang mencukupi. Bagi
memenuhi keperluan tersebut pihak sekolah mengalu-galukan sumbangan berupa wang
bagi menampung program berkenaan serta sumbangan tenaga mahir dalam keceriaan
kelas, tandas dan surau.
Segala
kerjasama yang diberikan terlebih dahulu diucapkan terima kasih dan semoga
mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. Kami berharap tuan puan dapat mengisi
borang maklum balas di bawah ini dan memulangkan semula slip jawapan berserta
sumbangan dengan segera kepada guru kelas anak tuan puan.
Sekian dan terima kasih
Yang Benar
TG NOOR KETINA BT TG ABDULLAH
Guru Besar SERI/ABIM
Sk,
Pendaftar
GPK Ko-Kurikulum
Fail
TENTATIF PROGRAM KECERIAAN KELAS ( SEKOLAH KU SYURGA
KU )
08-00 pg Pendaftaran
ibubapa mengikut pilihan kelas anak masing-masing
08.30 pg Aktiviti gotong-royong di kelas
yang telah di tentukan
10.30 pg Rehat
dan jamuan
11.00 pg
Aktiviti gotong-royong disambung semula
12.30tgh
Bersurai
Sumbangan yang diperlukan
Bil
|
Bentuk sumbangan
|
Jenis sumbangan /jumlah
|
|
1.
|
Wang
|
RM
|
|
2.
|
Tenaga /pekerja
|
||
3.
|
Peralatan
|
-cat kelas
|
|
-penyapu / tong sampah
|
|||
-mop lantai
|
|||
-carta matapelajaran
|
|||
-alas meja
|
|||
-bunga-bungaan
|
|||
-Sejadah yang panjang
|
|||
-Buku cerita yang sesuai dgn tahap
pelajar
|
|||
-penaja bahan langsir utk semua kelas
yg seragam
|
Jumaat, 16 Januari 2015
Blog Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015
Maklumat Ihtifal Sukan Kebangsaan 2015 boleh dilayari di sini. KlikBlog disediakan oleh tuan rumah iaitu SERI / SEMI ABIM Pulau Pinang.
Isnin, 12 Januari 2015
Sekitar Hari pertama persekolahan 2015
Murid-murid SERI dan pelajar-pelajar SEMI memulakan sesi persekolahan hari ini selepas ditangguhkan selama seminggu akibat banjir di negeri-negeri pantai Timur, Kedah, Perak dan Johor.
Berikut gambar-gambar sekitar hari pertama persekolahan 2015.
Berikut gambar-gambar sekitar hari pertama persekolahan 2015.
Kenderaan dari arah Jalan Kg. Sg Ramal Dalam ke sekolah. |
Kenderaan dari arah Taman Surada ke sekolah |
Lalu lintas sesak tetapi terkawal |
Ibu bapa / penjaga beratur panjang utk membeli buku di Kedai Kita. |
Suasana di kelas Tahun 1. |
Suasana di kelas Tahun 1. |
Keadaan tempat letak kereta sebelah SEMI |
Guru sedang menyerahkan buku komunikasi dan kad perubatan kepada murid-murid Tahun 1. |
Suasana di kelas Tahun 1. |
Suasana di kelas Tahun 1. |
Suasana di kelas Tahun 1. |
Guru menerangkan cara meletakkan kasut dan selipar kepada murid-murid Tahun 1. |
Suasana di kelas Tahun 1. |
Suasana di kelas Tahun 1. |
Pelbagai ragam murid tahun 1 pada hari pertama persekolahan. |
Pelbagai ragam murid tahun 1 pada hari pertama persekolahan. |
Pelajar-pelajar baru Tingkatan 1 |
Tingkatan 1 2015 lelaki |
Tingkatan 1 2015 perempuan |
Ustaz Awang mempengerusikan perhimpunan SEMI |
Sebahagian guru lelaki SEMI |
Pelajar-pelajar SEMI khusyuk mendengar amanat awal tahun daripada guru-guru. |
Pelajar-pelajar SEMI khusyuk mendengar amanat awal tahun daripada guru-guru. |
Sebahagian guru SEMI perempuan. |
Pengetua SEMI, Puan Rogayah menyampaikan amanat kepada pelajar-pelajar. |