Pages - Menu
▼
Halaman
▼
Rabu, 30 Januari 2013
Penyerahan Wang Bantuan Khas RM100 sesi 2013
Sekolah akan membuat penyerahan Wang Bantuan Khas RM100 kepada ibu bapa / penjaga untuk setiap murid yang didaftarkan sebelum 5hb Januari 2013.
Penyerahan akan dibuat seperti butiran di bawah:
Tarikh: 31hb Januari 2013 (Khamis) 9.00 pagi hingga 1.00 petang
1 hb Februari 2013 (Jumaat) 2.30 petang - 4.00 petang.
Tempat: Kantin Sekolah.
Penyerahan Wang Bantuan Khas RM100 sesi 2013
Sekolah akan membuat penyerahan Wang Bantuan Khas RM100 kepada ibu bapa / penjaga untuk setiap murid yang didaftarkan sebelum 5hb Januari 2013.
Penyerahan akan dibuat seperti butiran di bawah:
Tarikh: 31hb Januari 2013 (Khamis) 9.00 pagi hingga 1.00 petang
1 hb Februari 2013 (Jumaat) 2.30 petang - 4.00 petang.
Tempat: Kantin Sekolah.
Program Sekolah Januari hingga Mac
Sekolah telah mengedarkan surat untuk memaklumkan aktiviti-aktiviti sekolah pada bulan Januari hingga Mac kepada semua murid-murid.
Berikut surat tersebut
Selasa, 29 Januari 2013
ALHAMDULILLAH, SERI SEMI DAPAT NO PIN KSSR / KSSM
Syukur alhamdulillah, SERI dan SEMI ABIM Sungai Ramal berjaya memperolehi nombor pin untuk mengakses Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) KSSR dan KSSM.
Isnin, 14 Januari 2013
Majlis Pelancaran An-Najah 2012, "Di hatiku" (Video)
Pagi tadi telah diadakan Majlis Pelancaran An-Najah 2012, "Di hatiku" yang telah dirasmikan oleh GPK Kurikulum, Puan Rahila Binti Yasin di hadapan murid-murid dan guru-guru SERI semasa perhimpunan Isnin.
Selain GPK Kurikulum, Puan Rahila yang berada di pentas untuk merasmikan Majlis ini, turut memeriahkan pentas ialah GPK Sahsiah sebagai Ketua Pengarang dan guru-guru Sidang Redaksi dan beberapa orang murid.
Berikut ialah guru sidang Redaksi yang bertungkus-lumus menyiapkan Majalah An-Najah 2012.
Pengerusi 1: Ustaz Nazzil Saifuddin,
Pengerusi 2: Puan Roslah Ramli,
Ketua Editor dan Fotografi Majalah An-Najah 2012: Ustaz Mohd Syakir B. Md Yusof.
Penolong Ketua Editor, Cikgu Nur Suhaili,
Bahagian dokumentasi: Cikgu Fazlin Mazzira dan Ustaz Zuraizi, Ustazah Kasmah, Ustaz Najmuddin,
Bahagian Kewartawanan: Cikgu Siti Halijah, Cikgu Nurnadiah.
Bahagian Karya: Cikgu Asmaniza,
Bahagian Iklan dan Promosi: Ustaz Mohd Yusri,
Bahagian Grafik: Cikgu Bisyarani
Bahagian Pengedaran, Cikgu Nurshekha.
Majalah An-Najah akan diedarkan kepada murid-murid SERI dan pelajar-pelajar SEMI pada minggu ini, insya-Allah.
Semoga dengan pelancaran An-Najah 2012 dapat menyuntik semangat guru-guru dan para pelajar untuk
menyumbangkan karya di dalam An-Najah
2013.
Majlis ini telah dipengerusikan oleh Saudari
Nur Aina Najat Bt Mohd Amran (6
Ali).
Isnin, 7 Januari 2013
Pusat Sumber Sekolah bercat baru.
Khamis, 3 Januari 2013
You're the best, I'm the best, We are the Best (Video)
Tidak lengkap rasanya kalau kita hanya melihat gambar-gambar menarik sepanjang Program Perkembangan Pelajar (Pidato Nusantara) tanpa melihat video persembahan murid-murid sepanjang kuliah pidato hari ini. Berikut video yang sempat dirakam sepanjang lawatan Dato' Dr. Syed Ahmad Syed Samsuddin al-Sagoff ke kelas-kelas.
Gambar menarik hari kedua Program Perkembangan Pelajar (Pidato Nusantara)
Program Perkembangan Pelajar (Pidato Nusantara) diteruskan pada hari kedua hari ini. Program bermula seawal pukul 9.00 pagi di kelas-kelas Tahun 2 hingga 6 dan SEMI.
Hampir 40 orang pensyarah daripada Akademi Nusantara telah mengendalikan kuliah Pidato Nusantara. Jadual rehat pagi, makan tengahari dan solat zuhur berjalan seperti biasa. Berikut beberapa gambar menarik sepanjang hari ini.
Lagi gambar-gambar
Hampir 40 orang pensyarah daripada Akademi Nusantara telah mengendalikan kuliah Pidato Nusantara. Jadual rehat pagi, makan tengahari dan solat zuhur berjalan seperti biasa. Berikut beberapa gambar menarik sepanjang hari ini.
Rabu, 2 Januari 2013
Bina keyakinan diri dengan Pidato Nusantara (Video)
Program bermula pada 2hb Januari 2013 (Rabu) hingga 4hb Januari 2013 (Jumaat) yang melibatkan Tahun 2 hingga Tahun 6 dan SEMI. Pada hari pertama, program yang melibatkan Tahun 2 dan 3 dibuat di kelas masing-masing manakala murid-murid Tahap 2 diadakan di surau.
Selain murid-murid dan guru-guru didedahkan kepada teknik-teknik asas pidato, Program Perkembangan Pelajar (Pidato Nusantara) dapat membina keyakinan diri dan meningkatkan semangat murid-murid untuk melangkah sesi persekolahan 2013.