Sabtu, 28 Disember 2013

Pelbagai ragam murid-murid mewarnai Hari Suaikenal Tahun 1


Hari Suaikenal Tahun 1 telah diadakan pada 27hb Disember 2013 ( Jumaat) yang lalu.. Ibu bapa dan murid-murid tiba di sekolah seawal pukul 7.15 pagi. Pada tahun 2014, seramai 180 murid tahun 1 akan bersekolah di SERI ABIM Sungai Ramal. Mereka akan ditempatkan di 5 buah kelas (36 orang dalam 1 kelas).

Selepas pendaftaran, ibu bapa membawa anak masing-masing ke kelas. Pelbagai ragam murid-murid dapat disaksikan, ada yang sedih, ada yang gembira.

Program di dalam kelas  bermula dengan sesi ta'aruf guru kelas Tahun 1 dan murid-murid. Murid-murid dikehendaki memperkenalkan nama, tempat tinggal, hobi dan cita-cita masing-masing di hadapan kelas.


Sementara itu, ibu bapa menghadiri taklimat di surau. Taklimat telah disampaikan oleh KPP YTP, Tuan Haji Mahyuddin Shaari dan Guru Besar SERI, Puan Tengku Noor Ketina.


Antara aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan oleh murid-murid Tahun 1 ialah mereka diperkenalkan dengan tempat-tempat di kawasan sekolah (Pusat sumber, Surau, dataran perhimpunan, Bilik Guru, tandas), lagu-lagu sekolah, aktiviti origami 'Rumah' dan aktiviti psikomotor (menulis, mengira, mewarna).



Semoga selepas program ini, murid-murid dapat membiasakan diri dengan persekitaran sekolah dan dapat datang ke sekolah pada 2hb Jan 2014 dengan ceria dan bersemangat.

Program berakhir pada pukul 12,30 tengahari.

Khamis, 26 Disember 2013

Kursus peningkatan Profesionalisme guru bersama Pelajar Sarjana Pentadbiran Pendidikan UKM.



Pada hari ini berakhirnya Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru yang diadakan selama 2 hari iaitu pada 20hb Dis dan 26hb Disember 2013.

Kursus anjuran bersama pelajar-pelajar Sarjana Pentadbiran Pendidikan UKM bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru SERI dan SEMI tentang perkara-perkara yang menjadi  keperluan utama dalam merealisasikan  aktiviti harian sebagai seorang pendidik.

Antara topik-topik yang disampaikan ialah,
  • Pengurusan Aset
  • Pendekatan PDP
  • Pengurusan Fail Panitia
  • Protokol
  • Penerapan Nilai
  • Pengawalan kelas
  • Pengurusan Ko-Kurikulum
  • ICT (Powerpoint & Movie Maker)
  •  Kemahiran Komunikasi
  • NKRA LINUS & PLC - Lesson Plan
  • Tatacara Saringan LINUS
  • Pendekatan PDP - Didik Hibur
  • Protokol - Majlis Rasmi Sekolah
  • Pendekatan PDP - Program I-Think
  • Ketrampilan guru.
Sekolah mengucapkan terima kasih kepada 21 orang pelajar Sarjana Pentadbiran Pendidikan yang diselia oleh Prof. Madya Dr. Mohd Izham b. Hj. Mohd  Hamzah kerana menganjurkan kursus yang amat berfaedah ini.

Berikut gambar-gambar menarik yang sempat dirakam.

Guru-guru fokus dengan ceramah yang disampaikan oleh penceramah.
Guru-guru sedang menjalankan aktiviti semasa kursus.

Salah seorang penceramah sedang menyampaikan ceramah tentang ketrampilan guru.


Berikut videoklip yang sempat disediakan.

Retreat: Perubahan sikap melalui hipnosis



Pada 23hb hingga 24hb Disember 2013 yang lalu, sekolah SERI dan SEMI telah mengadakan Retreat Guru dan Staf di Bilik Syura, KDH. Pengisian retreat kali ini ialah aplikasi Aurashifa dalam pembangunan insan. Pengisian telah disampaikan oleh Ustaz  Ab. Razak Aripin. Antara pengisiannya ialah 
  • Manusia sebaik-baik kejadian
  • Memahami konsep AMP (Alpha Mind Programming)
  • Aplikasi AMP dalam pendidikan dan Pengurusan
Guru-guru dan staf-staf telah didedahkan kepada cara untuk merubah sikap, sistem nilai dan kepercayaan melalui hipnosis. Proses hipnosis ialah suatu proses mengubah keadaan normal state (sedar) ke keadaan hypnosis (di bawah sedar).

Apabila minda di bawah sedar, seseorang itu akan disaranankan dengan sikap, sistem dan nilai positif. Guru-guru juga didedahkan cara untuk mengaplikasikan hipnosis untuk mengubah sikap dan nilai murid-murid.

Sebelum seseorang itu dihipnosis, seseorang perlu mengenalpasti kecenderungan sama ada visual, audio atau kinestatik.

Selain daripada slot AMP, pengisian lain di dalam retreat kali ini ialah pengisian oleh Prof Dr. Datuk Redzuan Othman yang berbicara tentang "Muhammad Al-Fateh", pengisian Datuk Dr. Ust. Siddiq Fadzil yang mengupas tentang "Membina Diri dan Generasi Berkualiti dan Puan Fadhlina Siddiq yang berkongsi pengalaman tentang pendidikan Sekolah Islam di Australia.


Prof Dr. Datuk Redzuan Othman yang berbicara tentang "Muhammad Al-Fateh"


Puan Fadhlina Siddiq sedang berkongsi pengalaman tentang pendidikan Sekolah Islam di Australia.

Bergambar kenangan selepas selesai retreat.

Sabtu, 21 Disember 2013

SUMAYYAH BT DR HJ MOHD NA’IM, TOKOH PELAJAR (PEREMPUAN) TAHUN 6



Pada Majlis Graduasi SERI / SEMI kali ke-5 yang diadakan pada 16hb November 2013 di Auditorium Abu Zarim, ILSAS, adik Sumayyah Bt Mohd Naim telah menerima Anugerah Tokoh Pelajar (Perempuan) Tahun 6.

Beliau mendapat 5A di dalam UPSR dan Mumtaz di dalam PSRA dengan kelulusan 98.6%. 

Beliau menjawat jawatan sebagai Penolong Ketua Pengawas Sekolah 2013 serta aktif di dalam sukan badminton, Choral Speaking, Tilawah & Hafazan, Sajak dan nasyid. Akhir sekali, beliau bercita-cita menjadi seorang doktor.


Retreat Guru dan Staf 2014


Guru-guru SERI dan SEMI serta staf akan mengikuti Retreat 2014 bermula 23hb hingga 24hb Disember 2013 bertempat di Dewan KDH.

Program bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 11.00 malam pada hari pertama dan pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari kedua..

Berikut tentatif program tersebut.


23 Disember 2013 (Isnin)
Masa Tentatif
7.30 pagi Pendaftaran dan sarapan pagi
8.15 pagi Taklimat
9.00 pagi Slot 1 : Pemecah Bendungan
10.30 - 11.00 pagi Minum pagi
11.00 - 12.30 tgh Slot 2 : Pembentukan Jiwa Gerakan  
12.30tgh - 1.30 ptg Makan Tengahari Dan Solat  Zohor
1.30 - 4.00 ptg Slot 3 : Kuasai Minda Anda
4.00 - 5.00 ptg Minum Petang & Solat Asar
5.00 - 6.30 ptg Slot 4 :  Latihan 1 - Aplikasi AMP Untuk Guru
6.30 - 9.00 mlm Makan Malam & Solat Maghrib
  Kuliah Maghrib
9.00 - 11.00 mlm Slot 5 : Latihan 2 - Aplikasi AMP Untuk Murid
11.00 mlm Minum Malam & Bersurai   


24 Disember 2013 (Selasa)
Masa Tentatif
7.30 pagi Sarapan Pagi
8.15 - 10.30 pagi Slot 6 : Membina Diri Dan Generasi Berkualiti
10.30 - 11.00 pagi Minum pagi
11.00 - 12.30 tgh Slot 7 : Latihan 3 - Aplikasi AMP Untuk Pengurusan
12.30tgh - 1.30 ptg Makan Tengahari Dan Solat  Zohor
1.30 - 4.00 ptg Slot 8 : Muhasabah Dan Resolusi
4.00 - 4.30 ptg  Sesi Bergambar
4.30 ptg Minum Petang & Bersurai


PMR 2013: Muhammad Omar Farouk B Muhadzir, pelajar cemerlang 9A. Tahniah

Majlis penyampaian slip keputusan PMR telah diadakan di kelas Tingkatan 1 dan disampaikan oleh GPK SEMI, Ustaz Nazzil Saifuddin pada hari Khamis yang lalu.


Pelajar, Muhammad Omar Farouk B Muhadzir telah mendapat keputusan cemerlang dengan memperolehi 9A. Tahniah. Manakala GPS (Gred Purata Sekolah) ialah 2.19. Untuk rekod, seramai 36 orang pelajar SEMI yang menduduki PMR 2013.

Mereka menduduki peperiksaan untuk 9 mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Geografi, Sejarah Kemahiran Hidup Pilihan 4, Pendidikan Islam dan Sains  . 
 
Berikut analisa PMR 2013.


Berikut analisa pelajar yang mendapat gred A.




Berikut graf analisa PMR 2013.



PENGUMUMAN: PENUTUPAN PEJABAT SEKOLAH DAN PEJABAT KEWANGAN PADA 23-24 DIS 2013 (ISNIN - SELASA)


Dimaklumkan bahawa Pejabat Sekolah dan Pejabat Kewangan akan ditutup pada 23-24hb Disember (Isnin - Selasa) kerana sekolah mengadakan retreat guru dan staf pada hari tersebut.

Walau bagaimanapun, urusan pembayaran yuran boleh dilakukan secara bank-in online. Pejabat Sekolah dan Pejabat Kewangan akan dibuka semula pada 26hb Disember (Khamis).

Segala kesulitan amat kami dikesali.

Harap maklum.

Selasa, 17 Disember 2013

Ke mana selepas PMR?


Pelajar-pelajar Tingkatan 3 2013 dipelawa untuk menyambung pelajaran Tingkatan 4 di SEMI ABIM. Kit permohonan boleh didapati di Pejabat Kewangan.

Selain itu pengambilan Tingkatan 5 sesi 2014 masih lagi dibuka. Segala keterangan tentang syarat boleh diperolehi di dalam kit permohonan.

Ke mana selepas PMR?


Pelajar-pelajar Tingkatan 3 2013 dipelawa untuk menyambung pelajaran Tingkatan 4 di SEMI ABIM. Kit permohonan boleh didapati di Pejabat Kewangan.

Selain itu pengambilan Tingkatan 5 sesi 2014 masih lagi dibuka. Segala keterangan tentang syarat boleh diperolehi di dalam kit permohonan.

Pengumuman: Hari Suai Kenal Tahun Satu 27hb Disember


Sekolah SERI akan mengadakan  Hari Suai Kenal Tahun Satu pada 27hb Disember 2014 (Jumat) bermula pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

Diharap ibu bapa dapat mrnghadiri program tersebut kerana pihak sekolah akan mengadakan sesi Taklimat untuk menerangkan maklumat-maklumat yang perlu diketahui oleh ibu bapa selain anak-anak Tahun 1 menjalani Hari Suai kenal.

Pengumuman: Hari Suai Kenal Tahun Satu 27hb Disember


Sekolah SERI akan mengadakan  Hari Suai Kenal Tahun Satu pada 27hb Disember 2014 (Jumat) bermula pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

Diharap ibu bapa dapat mrnghadiri program tersebut kerana pihak sekolah akan mengadakan sesi Taklimat untuk menerangkan maklumat-maklumat yang perlu diketahui oleh ibu bapa selain anak-anak Tahun 1 menjalani Hari Suai kenal.

Pendaftaran Tahun 2 -6 dan SEMI bermula

Bermula hari ini, 17hb Disember hingga 19hb Disember 2013, sekolah mengadakan Pendaftaran dan pembayaran yuran untuk Tahun 2 -6 dan SEMI. Pendaftaran murid-murid SERI akan diadakan di Kelas 1 Omar dan 1 Abu Bakar dan pendaftaran pelajar-pelajar SEMI di kelas Tingkatan 2.

Selain menjelaskan yuran, ibu bapa dan penjaga dikehendaki menandatangani Akujanji Polisi dan peraturan pembayaran yuran dan mengemaskini maklumat diri.



Pendaftaran Tahun 2 -6 dan SEMI bermula

Bermula hari ini, 17hb Disember hingga 19hb Disember 2013, sekolah mengadakan Pendaftaran dan pembayaran yuran untuk Tahun 2 -6 dan SEMI. Pendaftaran murid-murid SERI akan diadakan di Kelas 1 Omar dan 1 Abu Bakar dan pendaftaran pelajar-pelajar SEMI di kelas Tingkatan 2.

Selain menjelaskan yuran, ibu bapa dan penjaga dikehendaki menandatangani Akujanji Polisi dan peraturan pembayaran yuran dan mengemaskini maklumat diri.



Guru-guru mula melapor diri untuk Sesi 2014.


Guru-guru SERI dan SEMI mula melaporkan diri di sekolah pada 16hb Disember 2014. Pelbagai aktiviti telah diatur untuk persiapan sesi persekolahan 2014. Antara aktiviti-aktiviti ialah Retreat Guru dan Staf, Bengkel bersama Pelajar Sarjana Pentadbiran Pendidikan UKM, Pendaftran murid-murid dan pelajar dan berbagai-bagai lagi.

Berikut tentatif program bermula 16hb Disember hingga 3hb Jan 2014.



Guru-guru SERI dan SEMI mula melaporkan diri di sekolah pada 16hb Disember 2014. Pelbagai aktiviti telah diatur untuk persiapan sesi persekolahan 2014. Antara aktiviti-aktiviti ialah Retreat Guru dan Staf, Bengkel bersama Pelajar Sarjana Pentadbiran Pendidikan UKM, Pendaftran murid-murid dan pelajar dan berbagai-bagai lagi.

Berikut tentatif program bermula 16hb Disember hingga 3hb Jan 2014.


BIL
TARIKH
MASA
PROGRAM
TINDAKAN
TEMPAT
CATATAN
1
16 Dis
Isnin





8.15 – 10.00
Taklimat Program
Taklimat Pendaftaran Pelajar

Taklimat AJK LPS
-          Kenaikan dan Polisi Yuran

Penyerahan buku Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
Permurnian Jadual Waktu
GB
Peg Kewangan / GPK HEM (Pn Norasma)

Tn. Hj Samian

GPK Kurikulum / Sahsiah & semua KP
Bilik tingkatan 2

2
2.30 –
4.00 ptg
Bengkel Pengubalan Sukatan Tahunan Program Usrah
**Format Penulisan Rancangan Harian (Usrah dan M/P agama)
Bahan bantu tajwid / BA
GPK SAHSIAH
Guru-guru Agama, usrah,
Dibengkelkan dalam kumpulan yang ditetapkan
Kelas
2 Uthm
Satu salinan diserahkan kepada Guru Besar
3

Bengkel pengumpulan kertas-kertas soalan Tahun 5 & 6 (UPSR)

Mengemas kini fail-fail KSSR
GPK Kurikulum
Penyelaras Tahun 5 & 6 serta guru-gurunya yang tidak terlibat dg usrah

s/u KSSR dan guru-guru yang tidak terlibat dg Bengkel Sahsiah di atas

Kelas 2 Ali
Dibengkelkan dalam kumpulan yang ditetapkan
4
17  Dis
Selasa 


8.30 -1.00 tgh
Pendaftaran Tahun 2 -6
GPK HEM (Pn Norasma)

Guru-guru akademik
5

Bengkel pemantapan fardhu ain (praktikal dan teori)
-          Cara-cara berwudhuk dan perlaksanaan
-          Pelaksanaan solat yang betul (pergerakkan, bacaan dalam solat, bacaan doa selepas solat, azan dan iqomat,
GPK Sahsiah
Ketua Bidang Agama
Semua guru agama
Guru kelas
Dibengkelkan dalam kumpulan yang ditetapkan
kelas
Menyediakan modul untuk digunakan dalam minggu orientasi.
Satu salinan diserahkan kpd Guru Besar.
6
2.30 – 4.30
BENGKEL KOKURIKULUM
Pengubalan Sukatan Tahunan Program Kokurikulum dan  Format Penulisan Rancangan Harian


GPK KOKU & semua guru kokurikulum
Dibengkelkan dalam kumpulan yang ditetapkan

Satu salinan diserahkan kepada Guru Besar
7
18 Dis
Rabu
8.30 – 1.00 tgh
Pendaftaran Tahun 2 -6

GPK HEM

Guru Agama
8
Bengkel pemantapan English Vocabulary and Simple conversation  / precious 10 minutes
Bahan-bahan Pemantapan sifir
GPK Kurikulum, KP BI, Mat & semua guru BI/Mat
Dibengkelkan dalam kumpulan yang ditetapkan

Sediakan modul dan bahan utk setiap aliran


Menyediakan modul untuk digunakan dalam minggu orientasi.
Satu salinan diserahkan kpd Guru Besar.
9
2.30 –
4.00
1. Bengkel Pemantapan displin, rekod & penulisan buku kedatangan
2. Pemantapan perhimpunan pagi dan Isnin, makan di kantin, penggunaan tandas
3. Bengkel Pengurusan & Persiapan Bilik Darjah
i.                    Kedudukan susunan kerusi meja
ii.                  Jadual tugasan solat
iii.                Peraturan / Displin dalam Kelas
4. Keceriaan Kelas – sudut sudut M/p / bacaan / kebersihan / info (jadual tugasan dan kelas, prestasi)
GPK HEM (Nor Asma) & semua guru
Dibengkelkan dalam kumpulan yang ditetapkan

10
19 Dis
Khamis
8.00 – 1.00 tgh
Pendaftaran Tahun 2 -6 dan  Tingkatan 2 & 3
GPK HEM (dikecualikan guru tahap 1)

Guru akademik
11
8.00 – 12.30
Mesyuarat Suai kenal

GPK HEM (Pn Norasma) & semua guru tahap 1


12
2.30 – 4.00
Perancangan Strategik Sahsiah
i.                    Panitia – peningkatan m/p, target PSRA 2014, sifar gagal setiap aliran
ii.                  Merancang gerak kerja serta menyediakan senarai semak / carta gant

GPK sahsiah & KP (agama)

Pembentangan oleh GPK sahsiah – halatuju 2014                        
13
Perancangan Strategik Kurikulum
i.                    Panitia – peningkatan m/p, target UPSR 2014, sifar gagal setiap aliran
ii.                  PSS – menyediakan program sokongan bagi peningkatan m/p
iii.                Merancang gerak kerja serta menyediakan senarai semak / carta gant

GPK Kurikulum & KP (akademik)

Pembentangan oleh GPK 1 – halatuju 2014                        

20 Dis
Jumaat
BENGKEL BERSAMA PELAJAR SARJANA PENTADBIRAN PENDIDIKAN UKM


RETREAT GURU
23 dan 24 Dis. (Isnin dan Selasa)

14

25 Dis Cuti KRISMAS (Rabu)
15
26 Dis Khamis

RUJUK LAMPIRAN

16
27 Dis
Jumaat
8.00 – 12.30

Hari Suai Kenal
GPK HEM (Pn Nor Asma)
Surau
Guru Tahap 1
17
Mesyuarat KGS
s/u KGS


18
2.30 – 4.00
Ucapan YTP
Mesyuarat Guru 1 sesi 2014
GPK 1
Agenda:
Polisi YTP
Aku janji Guru
Minggu orientasi 2014
Penyerahan tugas HEM / KP / SU (ag)
Tktn 2
Semua guru
19
30 Dis
Isnin
9.00- 11.00
Mesyuarat Tahun 6
Perancangan Tahun 6 – target UPSR & PSRA 2014
Post Mortem
Laporan kewangan
GPK Kurikulum/Sahsiah/KP (yang terlibat dg Pep. UPSR/PSRA dan semua guru tahun 6

Tn Hj Baharuddin akan turut hadir
20
8.30 – 4.00
Gotong royong



21
 31 Dis
Selasa
8.30 – 10.00

2.30 - 4.00 ptg
Orientasi Guru Baru


Microteaching

Guru Besar


Semua GPK dan Ketua Bidang
kelas
Semua guru baru dan guru yang belum sampai setahun mengajar
(sila bawa RPH, sukatan dan rancangan mengajar bersama)
22

Gotong - royong