Sabtu, 29 Disember 2012

Kalendar SERI SEMI 2013: Dapatkan segera!


Dapatkan Kalendar SERI SEMI 2013 yang dijual di Pejabat Am SERI dan Pejabat Kewangan SEMI sekarang. Setiap kalender berharga RM10 sahaja. Kalender ini mengandungi Takwim SERI dan SEMI dan tarikh-tarikh cuti SERI dan SEMI. Dapatkan kalendar sambil menyumbang kepada sekolah.

Jumaat, 28 Disember 2012

Hari Suaikenal Tahun 1 sesi 2013


 Pada hari ini, murid-murid Tahun 1 sesi 2013 telah mengikuti program Hari Suaikenal. Ibu bapa telah tiba di sekolah seawal 7.30 pagi untuk menghantar anak masing-masing. Program ini bertujuan untuk membantu murid-murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau taski / tadika ke pendidikan yang lebih formal di SERI.

Murid-murid Tahun 1 telah didedahkan dengan persekitaran, peraturan dan perjalanan  sekolah sepanjang program ini berlangsung. Manakala pada pukul 9.30 pagi, ibu bapa telah mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pendaftar, Pengerusi BAKA, Guru Besar dan Guru Penolong Kanan HEM.

Program berakhir pada pukul 12.30 tengahari.

 Pengerusi BAKA sedang menyampaikan ucapan semasa Sesi Taklimat.

 Pendaftar SERI / SEMI sedang menyampaikan ucapan alu-aluan semasa Sesi Taklimat.
 
 Murid-murid Tahun 1 sedang beratur selepas Minum Pagi di kantin.

Khamis, 27 Disember 2012

Retreat bersama Pakar Motivasi dan Ikon Pidato Malaysia

  cxcx

Guru-guru dan staf SERI dan SEMI ABIM Sungai Ramal telah mengadakan retreat selama 3 hari 2 malam bermula 21hb Disember 2012 hingga 23hb Dis 2012.

Retreat yang dianjurkan bersama oleh YTP dikendalikan oleh Dato' Dr. Syed Ahmad Syed Samsuddin, Pakar Motivasi dan Ikon Pidato Malaysia. Pada hari pertama retreat diadakan di Dewan KDH bermula pukul 8.30 pagi.

Pada sesi malam, Presiden Wadah, Dato’ Dr. Siddiq Fadzil telah menyampaikan kuliah sehingga pukul 11.00 malam. Guru-guru dan staf SERI dan SEMI telah bermalam di sekolah kerana program qiam mulail akan diadakan pada pukul 5.00 pagi.

Pada hari Sabtu, Guru-guru dan staf SERI dan SEMI ABIM telah berangkat ke Nur Lembah Pangsun Eco-resort menaiki bas.

Pelbagai aktiviti dalaman dan outdoor telah dijalankan untuk membina semangat berpasukan, jati diri, kepimpinan, pengukuhan tauhid, motivasi dan lain-lain lagi.

Di akhir retreat, guru-guru dan staf SERI dan SEMI lebih bermotivasi dalam mengorak langkah di tahun baru 2013.

Rabu, 19 Disember 2012

Tahniah! 5 orang mendapat 9A PMR


Pada hari ini telah diumumkan keputusan PMR 2012. Majlis penyerahan slip keputusan telah diadakan di Kelas Tingkatan 1 pada pukul  12.00 tengahari. Pengetua SEMI, Puan Rogayah Sebli telah menyampaikan keputusan kepada pelajar-pelajar.

Berikut analisa pelajar yang mendapat A di dalam PMR 2012.

9A - 5 orang
8A- 4 orang
7A- 1 orang
6A- 5 orang
5A- 3 orang


 Pelajar yang mendapat 9A.

Berikut nama pelajar yang mendapat 9A.
 ANIS HANANI BINTI SUFFIAN
NUR HAZIRAH BINTI YAZID
ABDUL RAHMAN BIN MAHEDIN
NUR FAIQAH AQILAH BINTI FUAAD
HARIS ASYRAF BIN AHMAD RIDZUAN.

  Pelajar yang mendapat 8A.

Berikut nama pelajar yang mendapat 8A.
 ALYA FARHAH BT JOHAIDI
AZYAN FITRI BT. MAZLAN
NUR SHUFINAH BT. SUHAIMI
SITI NUR NAFISAH BT HAFIDZAN.

Jumlah keseluruhan pelajar yang mengambil PMR 2012 ialah 34 orang.

Selasa, 18 Disember 2012

Makluman Pengawas SERI

Makluman kepada calon Pengawas sesi 2013 yang telah menghantar BORANG PERMOHONAN kepada mana-mana guru SERI, calon pengawas tersebut sudah confirm menjadi pengawas sesi 2013. Segala kesulitan amat dikesali.